Panduan lengkap pendaftaran akaun CDS melalui M+ Global Apps. Kini anda boleh membuka akaun CDS Bursa Malaysia secara online dengan mudah dan pantas. Panduan ini akan membimbing anda langkah demi langkah melalui proses pendaftaran yang lengkap.
Persediaan Sebelum Mendaftar
Sebelum memulakan proses pendaftaran, pastikan anda telah menyediakan semua keperluan berikut. Persediaan yang lengkap akan memastikan proses pendaftaran anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.
Sediakan MyKad atau IC untuk proses pengesahan identiti. Pastikan maklumat pada IC boleh dibaca dan tidak rosak
Online Banking
Pastikan akaun online banking aktif untuk pembayaran dan pengesahan
Jenis Akaun Bank
Pastikan sama ada akaun bank anda Islamic atau Conventional untuk pendaftaran yang sesuai. Boleh rujuk logo bank pada Penyata Bank (Bank Statement) anda.
Maklumat Cukai
Sediakan No Akaun LHDN atau Tax ID Number anda untuk keperluan pelaporan cukai (jika ada)
Bahagian 1: Sign Up & Pengesahan No. Telefon
1. Mulakan Pendaftaran Anda
Buka aplikasi M+ Global dan pilih menu 'Account' > Get Started . Anda akan diminta untuk memasukkan maklumat asas anda.
2. Masukkan Nombor Telefon
Gunakan nombor telefon sahaja untuk daftar. Masukkan nombor telefon bimbit yang aktif
Pilih "Log in or Sign up"
Tekan butang untuk meneruskan pendaftaran
3. Masukkan 'Verification Code'
Tunggu 6 digit code yang akan dihantar melalui SMS
4. Kata laluan baru
Cipta kata laluan yang memenuhi semua kriteria keselamatan dan tekan Sign Up.
5. Klik Yes untuk mula
Selepas pengesahan no telefon berjaya, anda akan melihat paparan Thank You for Sign Up.
Tekan Yes untuk meneruskan proses pembukaan akaun.
6. Invitation Code R832
Masukkan alamat email yang sah dan aktif
PENTING: Masukkan Invitation Code R832
Penting: Kenapa Anda Mesti Masukkan Kod R832
Masukkan kod R832 sangat penting kerana:
Akaun anda akan didaftarkan bersama Remisier Fakhruddin untuk urusan sokongan, panduan dan penyelesaian isu teknikal.
Anda layak menerima akses bimbingan, support & update pasaran, trading idea terus daripada Remisier Fakhruddin.
Ia memastikan proses pengesahan dan pembukaan akaun berjalan lancar tanpa risiko permohonan tersalah remisier.
Bahagian 2 : Pilih Jenis Akaun Pasaran
Tentukan Pilihan Pasaran Anda
Pilih jenis akaun mengikut pasaran yang anda ingin melabur. Setiap jenis akaun mempunyai ciri dan keperluan yang berbeza. Pemilihan yang betul adalah penting untuk memastikan anda boleh mengakses instrumen pelaburan yang sesuai.
Penting: Jangan tandakan pilihan Share Margin Financing pada peringkat ini melainkan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat.
1
MY Market
Islamic Cash Account
Hanya boleh beli saham yang disenaraikan sebagai Patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Tiada faedah (riba) terlibat.
Tiada pembiayaan margin - anda hanya beli menggunakan tunai yang anda ada dalam akaun (cash only).
Untuk siapa?
Pelabur Muslim yang mahu pastikan pelaburan 100% patuh Syariah.
Pelabur yang hanya mahu fokus pada saham Syariah.
2
US/HK Market
Akaun Antarabangsa
Akses pasaran Amerika Syarikat
Akses pasaran Hong Kong
Portfolio global
Opsyen lebih luas
Bahagian 3: Lengkapkan Butiran Peribadi
Pengesahan identiti adalah langkah kritikal untuk memastikan keselamatan akaun anda. Proses ini menggunakan teknologi pengesahan moden untuk mengelakkan penipuan dan melindungi maklumat peribadi anda.
Masukkan No IC Anda
Isi nama penuh anda dan No. IC
Aktifkan Kamera
Klik Allow untuk mulakan proses ambil gambar IC dan swafoto
Swafoto Pengesahan
Ambil swafoto mengikut arahan untuk pengesahan biometrik
✓ Tips Untuk Gambar Yang Jelas
Pastikan pencahayaan yang mencukupi
Elakkan pantulan cahaya pada kad
Pegang telefon dengan stabil
Pastikan semua maklumat pada kad kelihatan jelas
✗ Elakkan Kesilapan Ini
Gambar kabur atau goyang
Pencahayaan terlalu gelap
Sebahagian kad terpotong
Wajah tidak kelihatan dengan jelas
Bahagian 4: Lengkapkan Butiran Peribadi
Maklumat Peribadi
Anda perlu melengkapkan maklumat peribadi anda dengan tepat. Maklumat ini akan digunakan untuk tujuan pengenalan dan pematuhan peraturan. Pastikan setiap butiran yang diisi adalah betul dan menepati dokumen rasmi anda
Maklumat Pekerjaan
Maklumat ini penting untuk penilaian profil kewangan anda dan mematuhi keperluan peraturan yang ditetapkan Bank Negara Malaysia
Pilihan Status Khas
Jika anda tidak bekerja, pilih status yang sesuai:
"Homemaker" - untuk suri rumah tangga
"Retired" - untuk pesara
"Student" - untuk pelajar
"Self-Employed" - untuk usahawan, bekerja sendiri
Bahagian 5: Profil Kewangan & Pelaburan
Lengkapkan butiran akaun bank anda yang akan digunakan untuk transaksi pelaburan. Akaun bank ini mesti berdaftar atas nama anda sendiri untuk mematuhi peraturan anti-pengubahan wang haram.
1
Nama Bank
Pilih bank daripada senarai yang disediakan. Sila pastikan akaun bank anda adalah jenis Islamic atau Conventional.
Cara mengenal pasti jenis akaun bank anda:
Semak pada penyata bank (bank statement). Akaun Islamic biasanya memaparkan perkataan seperti “Islamic”, “i-”, atau istilah Syariah.
2
Pengesahan RM0.01
Untuk pastikan nombor akaun bank yang anda masukkan adalah Sah, M+ akan hantar duit RM0.01 (1 sen) ke akaun bank anda untuk sahkan akaun bank itu betul milik anda. Jika RM0.01 berjaya masuk, sistem tahu akaun itu aktif dan betul.
RM0.01 tu hanyalah transaksi test untuk confirm akaun bank anda betul.
Bahagian 6: Profil Risiko & Pelaburan
Profil Risiko Pelaburan
Tentukan tahap toleransi risiko pelaburan anda berdasarkan objektif kewangan, pengalaman pelaburan, dan keupayaan untuk menanggung kerugian.
Konservatif
Mengutamakan keselamatan modal, risiko rendah
Sederhana
Seimbang antara risiko dan pulangan
Agresif
Sanggup risiko tinggi untuk pulangan tinggi
Tujuan Pelaburan
Pilih matlamat utama anda. Ini membantu pihak Mplus sesuaikan produk & nasihat pelaburan dengan profil anda.
Capital Growth
Sasaran keuntungan melalui kenaikan harga saham.
Savings
Sasaran menyimpan / menambah simpanan dengan risiko rendah.
Dividends
Sasaran mendapatkan pendapatan tetap dari dividen syarikat.
Bahagian 7: Maklumat Percukaian
1. Tax Residency
Kebiasaan jawapan: No (Jika anda hanya bekerja & bayar cukai di Malaysia.)
Pilih Yes hanya jika:
Anda bekerja di luar negara, dan
Anda ada tanggungan cukai di negara tersebut.
2. e-invoice LHDN
Ini tidak wajib untuk pembukaan akaun. Ia hanya berkaitan keperluan invois jika anda jalankan bisnes dan perlukan rekod kepada LHDN. Untuk pelabur biasa, pilih No.
3. Tax Identification Number (TIN) : No. Rujukan Cukai LHDN
Contoh format: CXXXXXXXXX atau SGXXXXXXXXX
➡️ Pilih Yes dan masukkan nombor TIN anda.
Jika anda pernah: ✔️ daftar e-Filing ✔️ mohon TIN ✔️ pernah bekerja & majikan potong PCB
Jika pilih No, anda perlu pilih alasan:
Biasanya pilih “Option B , jika ❌ tidak pernah daftar LHDN ❌ pelajar / suri rumah / baru bekerja dan tiada no cukai
Bahagian 8 : FEA Rules
Cara Isi & Maksud Pilihan
Di bahagianCountry of Residence, Pilih Malaysia jika anda tinggal di Malaysia.
Bahagian ini berkaitan peraturan Bank Negara Malaysia mengenai tukaran mata wang dan pelaburan luar negara. Anda perlu pilih salah satu:
Pilih A jika anda tiada sebarang pinjaman dengan pihak bank.
Pilih B jika anda ada sebarang pinjaman dengan pihak bank. Hanya perlu maklum jika jumlah pemindahan wang ke luar negara capai had yang dibenarkan BNM
Adakah pinjaman domestik jejaskan permohonan?
Jangan risau – maklumat pinjaman domestik tidak menjejaskan permohonan akaun CDS atau M+ Global. Maklumat ini hanya digunakan untuk mematuhi FEA Rules Bank Negara
Bahagian 9: Deklarasi Hubungan Keluarga & PEP
Tandakan kesemua kotak untuk mengesahkan maklumat adalah betul. Baca dokumen CDS dan Terma Perkhidmatan dengan teliti sebelum tandatangan digital.
Cara Isi & Maksud Pilihan
Adakah mana-mana ahli keluarga terdekat bekerja di Malacca Securities?
Jawab Yes jika ada adik-beradik, ibu/bapa atau pasangan bekerja di MSSB.
Jawab No jika tiada.
Adakah mana-mana ahli keluarga terdekat mempunyai akaun dagangan di Malacca Securities?
Jawab Yes jika ada ahli keluarga yang sudah ada akaun CDS/Trading di MSSB.
Jawab No jika tiada.
Adakah anda atau ahli keluarga terdekat / rakan rapat merupakan PEP (Politically Exposed Person) atau memegang fungsi awam penting (PPF)?
Jawab Yes jika anda atau ahli keluarga / rakan rapat berada dalam jawatan parti politik
Jawab No jika tiada.
Bahagian 10: Persetujuan dan tandatangan
Tandakan kesemua kotak untuk mengesahkan maklumat adalah betul. Baca dokumen CDS dan Terma Perkhidmatan dengan teliti sebelum tandatangan digital.
Turunkan tandatangan digital.
Langkah Akhir: Bayaran Caj Pendaftaran
Pembayaran RM11
Bayar yuran pendaftaran sebanyak RM11 melalui akaun bank pemohon sendiri. Tekan butang "Proceed to Payment".
Selesai!
Pendaftaran anda telah berjaya dihantar . Pastikan tertera nama remisier dan code R832.
1-3
Hari Bekerja
Masa pemprosesan permohonan
24/7
Sokongan
Khidmat pelanggan sedia membantu
Perlukan Bantuan? Jika anda tidak menerima email pengesahan dalam tempoh 3 hari bekerja, sila hubungi Remisier Fakhruddin.
JANGAN TUNGGU LAGI! Mulakan Perjalanan Trading Anda SEKARANG!
EKSKLUSIF! 🤩 Personal Coaching HANYA RM99! JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI! ✨
VCatalyst Elite Coaching™ Level 1
📈 Kuasai Platform Trading dari A-Z!
🤝 Bimbingan EKSKLUSIF 1-to-1 dengan Remisier Fakhruddin, Certified Chartist!
⭐ Buka Potensi LUAR BIASA M+ Global Trading Platform! Kuasai Setiap Fungsi Asas.
✅ Senarai Semak Step-by-Step untuk Sesi Trading Harian Yang EFEKTIF.
🐻KUASAI PASARAN! Asas Mengenal Bull Bear di Bursa Malaysia Agar Anda Tidak Ketinggalan🐂
🚨Belajar Candlestick + Trend Pasaran + Alert Setup untuk Membuat Keputusan Pantas! 📊📈